Muslim Man Praying

Salam Ramadhan 1442H

Ramadhan dinanti, Merokok dihenti.

Jadikan Ramadhan sebagi permulaan Anda untuk berhenti merokok

KENALI 23 TEMPAT DILARANG MEROKOK

  1.  Pusat hiburan atau teater, kecuali Pub, disko, kelab malam atau kasino

  2. Kawasan hospital atau klinik

  3. Di dalam lif atau tandas awam

  4. Di tempat makan terbuka atau berhawa dingin

  5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

  6. Di lapangan terbang

  7. Di kawasan premis kerajaan

  8. Di kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan kecuali bangunan kediaman

  9. Di kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi

  10. Di kawasan taman asuhan kanak-kanak

  11. Di dalam bas sekolah

  12. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan dalam bangunan

  13. Di kawasan kompleks membeli belah

  14. Di kawasan stesen minyak

  15. Di kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium

  16. Dalam mana-mana bangunan yang digunakan untuk upacara keagamaan

  17. Kawasan perpustakaan

  18. Kawasan kafe internet

  19. Kawasan latihan khidmat negara

  20. Kawasan tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

  21. Dalam bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman di kawasan rehat dan rawat (RnR)  

  22. Di mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka

  23. Di mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan dan titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri. 

CARA BERHENTI MEROKOK

"Cold turkey"

Iaitu kaedah berhenti merokok secara sendiri tanpa bantuan ubatan atau sokongan profesional. Perokok berisiko mempunyai "Nicotine withdrawal Syndrome".

perubahan tingkah laku

Salah satu komponen penting dalam rawatan berhenti merokok mengikut garispanduan Clinical Practice Guideline: Treatment of Tobacco Use Disorder 2016

ubatan

Ubatan yang digunakan adalah melalui Terapi Pengganti Nikotin (Nicotine Replacement Therapy-NRT) seperti Nicotine Gum dan Nicotine patch dan Terapi Pengganti Bukan Nikotin (Non Nicotine Replacement Therapy-NNRT) seperti Varenicline (Champix)

cara berhubung

  • Telefon
  • Whatapp logo3
  • Telegram
  • Twitter
  • YouTube

hotline NASIHAT BERHENTI MEROKOK

03- 7773 6972

(farmasi CARINg)

PERKHIMATAN INI DIJALANKAN ATAS TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY)

WHATSAPP

010- 860 8949

WAKTU PERKHIDMATAN:  ISNIN HINGGA JUMAAT DARI JAM 10 PAGI HINGGA 4 PETANG)

telegram

BANTUAN BERHENTI MEROKOK 

beroperasi setiap hari 24jam 

twitter

@MquitK 

beroperasi setiap hari 24jam 

YOUTUBE

mQuit Channel

 

mesej ini dibawakan oleh: