cara berhenti merokok

Rawatan Berhenti Merokok yang dipraktikkan di Malaysia adalah berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan garispanduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kaedah rawatan adalah samada melalui  Kaunseling Perubahan Tingkah Laku (Bahavioural Intervention); Ubatan iaitu Terapi Pengganti Nikotin (Nicotine Replacement Therapy-NRT) atau Terapi Pengganti Bukan Nikotin (Non Nocitine Replacement Therapy-NNRT) ataupun melalui kombinasi kedua-duanya iaitu Kaunseling dan Ubatan. Cara kombinasi ini adalah yang terbaik berdasarkan kajian.

Selain itu, perokok juga boleh berhenti merokok secara sendiri tanpa bantuan ubatan mahupun sokongan profesional iaitu melalui kaedah "Cold Turkey". Melalui kaedah ini, perokok berkemungkinan mengalami gejala "Nicotine Withdrawal Syndrome" iaitu gejala akibat kekurangan nikotin secara mendadak bergantung kepada tahap ketagihan setiap perokok. Antara gejala yang boleh berlaku adalah: perasaan resah gelisah, ketagihan, cepat marah, pening kepala, gangguan tidur,  gangguan sistem pemakanan, sakit perut, sembelit dan batuk. Kesemua gejala ini akan berkurangan dan hilang secara sedikit demi sedikit dalam masa seminggu hingga sebulan.                                   

TERAPI PERUBAHAN TINGKAH LAKU

PROF. Dr. WEE LEI HUM

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kesihatan

Universiti Kebangsaan Malaysia

kaedAH "COLD TURKEY"

ubatan berhenti merokok

pelekat nikotin (nicotine patch)

gula-gula kunyah nikotin

(nicotine gum)

varenicline