Stage Mist

FAKTA MEROKOK 

Merokok merupakan risiko utama kepada komplikasi penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit paru-paru kronik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) telah menganggarkan lebih 20,000 lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi tabiat merokok. Akibat kesan komplikasi dan kematian yang tinggi, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaskan produktiviti akibat pekerja sering tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara akibat kematian  pra matang.

Melalui kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019,  prevalen perokok di Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah sebanyak 21.3% iaitu seramai 4.8 juta orang. Jumlah prevalen perokok lelaki dewasa adalah sebanyak 40.5% manakala prevalen perokok wanita pula adalah sebanyak 1.2%.

RISIKO MEROKOK & JANGKITAN COVID-19

"dalam satu kajian di china, perokok yang menghidapi jangkitan covid- 19 mempunyai risiko

14 kali ganda

untuk mengalami jangkitan paru-paru (pneumonia) yang teruk"

 

"PAru- paru perokok mempunyai

lebih banyak tapak penerima (reseptor)

yang dikenali sebagai ACE-2 sekaligus menyebabkan mereka lebih cenderung untuk medapat jangkitan coronovirus"

vape dan berkongsi shisha juga boleh

meningkatkan

risiko mendapat jangkitan covid-19